Latest Music :

SUKA SILA KLIK LIKE

Home » » (VIDEO) Fakri lakukan jaringan pelik

(VIDEO) Fakri lakukan jaringan pelik

21 Ogos 2014 | 0 ulasan

Fakri Saarani mencuri tumpuan penonton apabila melakukan jaringan pelik di minit ke-86 ketika dalam keadaan rebah pada aksi Piala Malaysia antara Kelantan menentang Pulau Pinang.
Dia yang terjatuh selepas ditarik pemain lawan sempat melakukan sepakan leret dan lemah dari penghujung padang. Bola dilihat seperti menuju keluar, sehinggakan ia dibiarkan penjaga gol Pulau Pinang G.Jeevananthan.

Bagaimanapun, ramai pihak termasuk Fakri sendiri tidak menyangka bola tersebut masuk ke dalam gawang, sekaligus melengkapkan kemenangan 3-1 Kelantan keatas Pulau Pinang.

Terdahulu, Fakri turut menjaringkan gol pertama Kelantan seawal minit ke-9 selepas menerima hantaran bijak daripada Badhri Radzi. Pada ketika itu, dia juga melakukan rembatan dalam keadaan rebah.

Bermula dengan jaringan tersebut, ia menyuntik semangat skuad The Red Warriors untuk menguasai perlawanan dan melakukan asakan demi asakan.

Di minit ke 20, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain Pulau Pinang, Fakhrul Yaacob Fakri dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Fakri di dalam kotak penalti. Forkey Doe dengan mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Di separuh masa kedua, Pulau Pinang mempamerkan penguasaan dan kerap kali melakukan asakan merbahaya. Serangan mudah yang dilakukan keatas kubu Kelantan membuahkan hasil menerusi jaringan Raffiudin Roddin, yang menerima hantaran Gil Hoon.

Di minit ke-74, pemain Pulau Pinang menjatuhkan Fitri Omar, bagaimanapun tindakan pengadil boleh dipersoalkan apabila tidak memberikan 'advantage' kerana meniup wisel ketika Shakir Ali sudah merapati gawang sehinggakan dapat melakukan jaringan. Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak dikira.

Pulau Pinang nyaris-nyaris menyamakan kedudukan apabila rembatan  Luiz Ricardo hanya terkena palang pada minit ke-84.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu tamat dengan kedudukan 3-1 berpihak kepada Kelantan.
Share this article :

Media Social Chatbox



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. RC:Macam-Macam Ada..... - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger