Latest Music :

SUKA SILA KLIK LIKE

Home » » Resepi Mudah Untuk Buat Sosej Sendiri. Lagi Sedap Dari Beli

Resepi Mudah Untuk Buat Sosej Sendiri. Lagi Sedap Dari Beli

16 Jun 2012 | 0 ulasan







Bahan-bahan ( 8 ketul )

500 gm daging cincang
1 s/k garam
1 s/k gula
1/2 sk lada hitam(digores kasar)
1/2 s/k thyme (dry pun OK)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus atau parut)
2 s/b parsley
2 s/k tepung ubi
Cara-cara

Masukkan semua bahan dan gaul dengan tangan sampai lembut sehingga seakan2 bertali. kalau ada food processor lagi senang.
Bila dah lembut, bahagikan kepada 8 bahagian. ambil satu bahagian, baling2kan dari tangan kanan ke kiri dan sebaliknya untuk keluarkan udara. Bentukkan memanjang, dan balut kejap dengan plastik wrap.
Ikat hujung dengan tali, kemudian pusingkan hujung yang lagi satu supaya plastik wrap tadi cekang, ikat macam dalam gambar.
Masukkan kedalam bag plastik tahan panas seperti GLAD ataupun ZIPLOCK, keluarkan udara dan zipkan mulut.
Panaskan air. Bila dah ada wap keluar (dalam 70~75 Celcius), masukkan sosej tadi, tindih dengan tudung periuk ataupun piring supaya beg plastik tadi tenggelam. kecilkan api, renihkan selama 45 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebentar sebelum disimpan didalam peti sejuk. Jika suka, goreng dalam minyak yang sedikit sebentar sebelum dihidang.
Share this article :

Media Social Chatbox



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. RC:Macam-Macam Ada..... - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger