
Menurut beberapa laporan akhbar antarabangsa, seorang penyokong pasukan England telah melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk menarik perhatian pemain Itali daripada menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan suku akhir.
Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali.
Seperti yang dilaporkan, England tewas kepada pasukan Itali 4-2 walaupun ada peminatnya sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan pasukan mereka menang
