Latest Music :

SUKA SILA KLIK LIKE

Home » » Wanita India berkahwin dengan mayat demi anak-anak

Wanita India berkahwin dengan mayat demi anak-anak

21 Oktober 2012 | 0 ulasan


BIHAR - Seorang perempuan India terpaksa berkahwin dengan lelaki yang hidup bersamanya sejak 10 tahun dan memberinya zuriat. Namun pernikahan itu dilakukan selepas lelaki itu sudah meninggal dunia.


Chudki Hembram dan Mahalal Marandi tinggal bersama selama 10 tahun tanpa adanya ikatan perkahwinan, kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis. Mereka terus tinggal bersama sehingga mendapat empat orang anak.

Mahalal telah meninggal dunia pada minggu lalu dan ini membuatkan Chudki merasa tertekan. Chudki khuatir dengan nasib anak-anaknya yang akan sengsara kerana orangtua mereka tidak memiliki status pernikahan. Seluruh warga desa di tempat tinggal Chudki akhirnya sepakat membantu Chudki menamatkan penderitaan ini.

Di saat, keluarga mempelai lelaki sibuk mengurus pemakaman Mahalal, penduduk kampung sepakat menceritakan penderitaan Chudki yang sudah lama tinggal bersama dengan Mahalal. Akhirnya keluarga Mahalal sepakat untuk membantu Chudki mengadakan upacara pernikahan.

Penduduk kampung akhirnya berkumpul dan mempersiapkan upacara pernikahan itu mengikut adat setempat. Seseorang ditugaskan untuk memegang tangan Mahalal Marandi yang sudah tidak bernyawa dan menempelkan telapak tangannya itu ke dahi Chudki. Sebaik selesai upacara perrnikahan itu, Chudki sah menjadi balu kepada Mahalal Marandi.

"Saya menerima pernikahan yang kami lakukan selepas kematian suami saya. Jadi selepas ini tidak akan ada orang yang menyebut anak-anak saya sebagai anak luar nikah," kata Chudki, seperti dilaporkan Gulf News, Isnin (8/10/2012).

Seluruh penduduk kampung menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa paling aneh yang pernah terjadi di kampung mereka. Namun mereka turut bergembira menyaksikan upacara pernikahan itu.
Share this article :

Media Social Chatbox



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. RC:Macam-Macam Ada..... - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger