Latest Music :

SUKA SILA KLIK LIKE

Home » » Makin hampir

Makin hampir

2 Ogos 2012 | 0 ulasan

DUA kemenangan saja lagi akan meletakkan pemain nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei di posisi membalas dendam ke atas juara bertahan Lin Dan dari China, sekali gus membawa pulang pingat emas pertama negara di Olimpik London. Di suku akhir semalam, Chong Wei langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bermasalah apabila mudah menundukkan pemain terbaik Indonesia, Simon Santoso dalam dua set berturut-turut. Dalam set pertama, Chong Wei menunjukkan penguasaan gelanggang dengan baik apabila sekadar memberikan 12 mata kepada Simon, untuk menang 21-12 dalam masa 17 minit. Ketika Simon cuba memburu kemenangan menebus kehampaan Taufik Hidayat, pemenang emas Olimpik Athens 2004 yang tewas kepada Lin Dan (China) di peringkat sama, Chong Wei sebaliknya meningkatkan lagi intensiti permainan. Chong Wei nyata enggan mengeluarkan banyak peluh bukan sekadar menguasai gelanggang tapi bijak memukul bulu tangkis ke arah ruang kosong yang ditinggalkan Simon. Permainan pantas Chong Wei tidak dapat ditandingi pemain muda Indonesia itu sekali gus, pemain harapan negara menang 21-8, dengan keseluruhan aksi selama 33 minit. Kemenangan itu membolehkan Chong Wei ke suku akhir dan menantinya bintang India Kashyap Parupali yang menewaskan pemain tidak ternama dari Sri Lanka, Niluka Karunaratne 21-14, 15-21, 21-9.
Share this article :

Media Social Chatbox



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. RC:Macam-Macam Ada..... - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger