SUKA SILA KLIK LIKE
Home »
» Nyam!!!Nyam!!Nyam!!!! ,Ikan Bakar Bersambal
Nyam!!!Nyam!!Nyam!!!! ,Ikan Bakar Bersambal
14 Jun 2012 | 0 ulasan
Bahan-Bahan :-
Se-ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan baunya sikit)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok jugak.. lebih sedap rasanya)
Halia, diketuk
Serai, diketuk (dititik sikit pun ok jugak)
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa
Langkah-langkah memasaknya :-
Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa.
Masak sehingga likat dan naik minyak.
Perasakan dengan garam dan gula merah.
Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
Lapikkan dulang pembakar dengan daun pisang.
Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
Sesekali lumurkan lagi sambal
Related Games
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.