Latest Music :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LATEST POST

get this widget here

Latest Post

SUKA SILA KLIK LIKE

HARU! PENGADIL ADILI JDT-ATM KENA TUMBUK DI HOTEL.....SUSPEK SEDANG DIBURU POLIS

"KESIAN"

Apa telah terjadi???

apa kat bawah biji mata tu???

apa sebab kena cepuk???
lu pikir sendiri!

di luar negara sana jarang sekali dengar gaduh² diantara penyokong² dan pengadil..tapi di malaysia benda serupa ini dah biasa terjadi..macam tiada tindakan susulan....




Suspek tumbuk pengadil diburu polis

Johor Bahru: Seorang lelaki yang disyaki penumbuk pengadil perlawanan Piala Malaysia antara JDT menentang ATM pada malam Selasa lalu diburu polis.

Suspek itu dianggarkan berusia antara 35 hingga 45 tahun dan berbadan besar.

Kejadian itu berlaku jam 11.50 malam di kawasan hotel penginapan pengadil terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, gambar lelaki berkenaan juga sudah diperolehi dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

(VIDEO) Fakri lakukan jaringan pelik

Fakri Saarani mencuri tumpuan penonton apabila melakukan jaringan pelik di minit ke-86 ketika dalam keadaan rebah pada aksi Piala Malaysia antara Kelantan menentang Pulau Pinang.
Dia yang terjatuh selepas ditarik pemain lawan sempat melakukan sepakan leret dan lemah dari penghujung padang. Bola dilihat seperti menuju keluar, sehinggakan ia dibiarkan penjaga gol Pulau Pinang G.Jeevananthan.

Bagaimanapun, ramai pihak termasuk Fakri sendiri tidak menyangka bola tersebut masuk ke dalam gawang, sekaligus melengkapkan kemenangan 3-1 Kelantan keatas Pulau Pinang.

Terdahulu, Fakri turut menjaringkan gol pertama Kelantan seawal minit ke-9 selepas menerima hantaran bijak daripada Badhri Radzi. Pada ketika itu, dia juga melakukan rembatan dalam keadaan rebah.

Bermula dengan jaringan tersebut, ia menyuntik semangat skuad The Red Warriors untuk menguasai perlawanan dan melakukan asakan demi asakan.

Di minit ke 20, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain Pulau Pinang, Fakhrul Yaacob Fakri dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Fakri di dalam kotak penalti. Forkey Doe dengan mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan kedudukan 2-0.

Di separuh masa kedua, Pulau Pinang mempamerkan penguasaan dan kerap kali melakukan asakan merbahaya. Serangan mudah yang dilakukan keatas kubu Kelantan membuahkan hasil menerusi jaringan Raffiudin Roddin, yang menerima hantaran Gil Hoon.

Di minit ke-74, pemain Pulau Pinang menjatuhkan Fitri Omar, bagaimanapun tindakan pengadil boleh dipersoalkan apabila tidak memberikan 'advantage' kerana meniup wisel ketika Shakir Ali sudah merapati gawang sehinggakan dapat melakukan jaringan. Bagaimanapun, jaringan tersebut tidak dikira.

Pulau Pinang nyaris-nyaris menyamakan kedudukan apabila rembatan  Luiz Ricardo hanya terkena palang pada minit ke-84.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu tamat dengan kedudukan 3-1 berpihak kepada Kelantan.

The Amazing Mexico vs Brazil !



VIDEO-Brazil vs Croatia 3-1 ~ All Goals & Highlights [13/6/2014]




Budak 9 tahun dapat pampasan mahkamah RM2.78 juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi pampasan RM2.78 juta kepada seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun sebagai ganti rugi dalam satu saman ke atas kerajaan, sebuah hospital dan 28 yang lain berhubung kecuaian perubatan kerana didakwa menyebabkan dia mengalami kerosakan otak.

Peguam Manmohan S.Dhillon yang mewakili Nurul Husna Muhammad Hafiz berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan wang itu dibayar kepada ibu bapa kanak-kanak itu Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kanak-kanak itu.

Mahkamah memberi award wang sejumlah itu selepas mendengar testimoni tentang kuantum ganti rugi daripada ibu bapa dan tiga pakar perubatan, katanya kepada pemberita.

Manmohan berkata pada 3 Sept tahun lepas, kerajaan, hospital dan semua defendan mengaku bertanggungjawab atas kecuaian itu.

Beliau berkata RM2.78 juta itu adalah RM345,031.9 untuk ganti rugi khas, RM151,330 bagi ganti rugi praperbicaraan, RM350,000 bagi ganti rugi kesakitan dan penderitaan dan RM1,937,810 bagi ganti rugi masa depan.

"Mahkamah memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapa bahawa mereka adalah pemegang amanah dan mesti menggunakan wang itu untuk kanak-kanak itu," katanya sambil menambah bahawa mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM213,864 kepada plaintif.

Bapa kanak-kanak itu, Muhammad Hafiz, yang bekerja sebagai pegawai bank, ketika ditanya berhubung keputusan itu berkata beliau berpuas hati dengan kuantum itu dan wang itu akan digunakan untuk menjaga anaknya pada masa depan.

Pada Disember 2012, Nurul Husna memfailkan saman melalui ibu bapanya. Nurul Husna dan ibunya, Dr Nor Azalina tidak hadir di mahkamah hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Dr Nor Azalina mendakwa Nurul Husna mengalami kerosakan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan berikutan kecuaian defendan.

Dr Nor Azalina berkata beliau melahirkan Nurul Husna di Hospital Selayang pada 22 Julai, 2005.

Dalam saman itu, mereka menamakan kerajaan, 21 doktor dan lapan kakitangan perubatan termasuk jururawat, yang terbabit dalam merawat dan menguruskan kanak-kanak itu di hospital, sebagai defendan.

Dr Nor Azalina berkata kecuaian dan pelanggaran tanggungjawab kontraktual untuk melaksanakan kemahiran dan penjagaan yang sewajarnya menyebabkan dia mengalami kebimbangan dan penderitaan mental.

Katanya, sepanjang hayatnya Nurul Husna akan bergantung kepada orang lain untuk semua aktiviti kehidupan hariannya.

Peguam kanan Persekutuan Zaliha Mohd Janis mewakili defendan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/budak-9-tahun-dapat-pampasan-mahkamah-rm2-78-juta-37318?cp

Bayi Seberat 4.2 kg Terkeluar Dari Kandungan Selepas Ibunya Digilis Lori

Bayi Seberat 4.2 kg Terkeluar Dari Kandungan Selepas Ibunya Digilis Lori | Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori. Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori. Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China. Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans. Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal. Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan. Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China danBadan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit. Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi
2
3
4
xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.W6gwSMn_80

Jururawat dikurung, dirogol beberapa kali


Subang Jaya – Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19.
Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.
Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.
Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.
Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama, menurut sumber Hmetro.

Media Social Chatbox



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. RC:Macam-Macam Ada..... - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger